Monday, April 25, 2011

COBAAN LAGI v2

Apabila ALLAH SWT cepat memakbulkan doamu,maka DIA menyayangimu..., Apabila ALLAH lewat memakbulkan doamu,maka ALLAH sedang mengujimu....., Apabila ALLAH tak memakbulkan doamu,maka ALLAH merancang sesuatu yang lebih baik untukmu..,'
Oleh itu bersangka baik lah dalam apa jua keadaan,kerana sesungguhnya kasih sayang ALLAH mendahului kemungkaran-NYA............
Teguhkan iman n tetapkan hati....'
Sesungguhnya cinta ALLAH adalah cinta Abadi......

Cobaan melanda lagi...tak tau mcm mana nak tangani, semua kawan2 ckp 'be strong' but i don't think that i'm strong enough to handle these. I totally needed somebody who could help me to carry out the burden, somebody who sincerely to share no matter in worse or in happiness...I don't know whether can hold it anymore...jiwa makin rapuh bak kata mamat jiwang yang sorang tu...Insyallah, back to HIM and HE will lead the way...need the momentum to move on!!


SIGH!!!

Monday, April 11, 2011

COBAAN LAGI

Salam kawan2,

Lama jugak tak menaip dalam blog nih...

Akhirnya aku resign juga he he he (lagi sekali), seperti yang management katakan "awak akan di evaluate smpi ujung bulan 4 sahaja''...maknanya depa nak buang aku le tu...so aku pon resign sebelom depa terminate aku. Apalah nasib aku kan...ada ke hikmah utk aku...rasa bahagia tak pernah lama, seketika cuma (ayat mendeborkan dada gitew!!)

Apa lagi aku nak buat lepas ni...aku tak tau, bole tak kalau aku kawen je pastu aku dok kat rumah jadi surirmah profesional sepenoh masa dengan kelayakan ijazah. Errmmmm takkan nak susahkan mak bapak lagi kot...apa nak jadi la kat aku ni :P...tak penah nak senangkan hati mak bapak he he he...sori mak, sori abah


Thursday, March 10, 2011

BERSYUKUR LAAA KITA

Assalamualaikom...

Macam2 yang berlaku dalam 2 minggu nih...perit, jerih, sedih, marah, sayang...tuhan je yang tau...cuma hadis kat bawah ni je yang mampu menenangkan aku & insyallah kita semua, sama2 kita renungkan yeee

Sempadan Ketaatan
Hadith :
Dari Ali (bin Abi Talib) r.a, katanya: “Pada suatu ketika, Rasulullah SAW mengirim sepasukan tentera (ke medan perang) dan melantik seorang lelaki menjadi komandan mereka. Satibanya di suatu tempat, komandan tersebut menyalakan api (unggun) dan memerintahkan anak buahnya melompat ke dalam unggun api tersebut. Sebahagian anak buahnya telah bersedia untuk melompat ke dalam unggun api tersebut tetapi yang lain berkata:”Kita harus lari dari api itu.” Peristiwa itu mereka laporkan kepada Rasulullah SAW. Maka beliau bersabda:”Seandainya kamu melompat ke dalam api itu kamu akan sentiasa berada di dalamnya hingga hari kiamat nanti.” Kemudian baginda bersabda pula kepada yang lain dengan lemah lembut:”Tidak wajib taat kepada perintah untuk menderhakai Allah. Taat itu hanya wajib dalam rangka menegakkan kebajikan.”
(Muslim)

Huraian
Kepatuhan dan ketaatan kepada manusia dan peraturan ada batasnya. Manakala kepatuhan dan ketaatan kepada Allah adalah telus kepada-Nya dan seharusnya tidak ada hijab yang menghalangnya. Faham tentang batas dosa dan pahala, tahu tentang batas halal dan haram, mengerti tentang situasi fasad dan mungkar, maklum tentang wajib dan harus akan memberikan kita gambaran sejauh manakah sesuatu perintah seseorang ketua itu wajib ditaati. Sekadar pertimbangan akal semata tidak ada jaminan yang sesuatu perintah itu wajib dipatuhi. Sekadar ukuran logik dan rasional juga tidak memadai. Sekadar berpandukan orang ramai yang juga melakukannya juga belum ada jaminan ia selari dengan syarak. Justeru hanya sifat manusia yang memiliki jiwa hamba yang tinggi yang akan patuh dan taat kepada perintah Allah. Keimanan manusia kepada Allah menyebabkan manusia ada benteng. Ketakutan manusia sesama manusia boleh dielakkan dan boleh dicari jalan keluar. Benteng syarak inilah yang memandu manusia memilih jalan yang baik dan jalan yang sebaliknya.

Setiap Hukum Ada Hikmahnya
Hadith :
Dari Abdullah bin Buraidah r.a, dari bapanya katanyarasulullah s.a.w bersabda:”Dahulu aku pernah melarang kamu menziarahi kubur, maka sekarang ziarahilah. Aku pernah melarang kamu memakan daging korbanmu lebih dari tiga hari, sekarang simpanlah sekadar yang kamu perlukan. Aku pernah melarang kamu minum minuman anggur kecuali dengan gelas biasa, sekarang minumlah dengan apa jua bekas minuman. Tetapi jangan sekali-kali kamu minum minuman yang memabukkan.”
(Muslim)

Huraian
Selaku umat Islam, kita perlu jelas bahawa setiap hukum yang dibawa oleh Islam ada kaitannya dengan kesejahteraan hidup manusia sama ada dari aspek rohani mahupun jasmani, fizikal mahupun spiritual. Setiap hukum dan larangan tersebut sebagaimana yang disebutkan di dalam hadith di atasnya ada hikmahnya yang tersendiri. Hukum juga boleh berubah-ubah bergantung pada beberapa perkara seperti maslahah ummah dan kehendak zaman asalkan ia tidak menyalahi hukum dan batasan yang ditetapkan oleh syarak. (al-Quran dan sunnah). Sesungguhnya setiap suruhan dan tegahan agama itu bukanlah bermaksud untuk mengekang kebebasan individu. Ia sebenarnya untuk kebaikan bersama. Inilah tujuan utama Nabi Muhammad s.a.w diutuskan iaitu untuk memberi penerangan kepada manusia tentang tatacara kehidupan yang sebenar berlandaskan kehendak Islam.

Tuesday, March 1, 2011

SALAH KE?



selamat pagi...

pepagi lagi dah update blog he he he...macam takde keje jeeee (^_^)

Well, aku mulakan pagi ni dengan isu yang aku rasa aku tak bersalah dalam hal ni.

Ceritanya...ada seorang makhluk ALLAH yang rapat dengan aku (cuba teka siapa???)
dia dapat offer pergi melancong kat negara orang and I was so happy untuk dia...tapi dia punya respond adalah...dia tolak offer tersebut, so bermula la episod debat berdebat...

Hujah aku adalah :
1) Offer ini adalah satu reward setelah kita penat bekerja
2) Ambik la peluang ini untuk pergi jelajah tempat orang
3) Orang yang terpilih adalah orang yang layak pergi
4) Treat it as a bonus setelah penat bekerja

Hujah dia adalah :
1) Kalau nak treat as a reward, dia nak dalam bentuk bonus
2) Tak nak pergi

Aku pon pelik kenapa masih ada orang yang nak sempit kan option hidup. Nak bonus dalam satu bentuk je...tak nak cuba kejar peluang yang dah terbentang di depan mata. By the end of the conversation...aku pulak yang bersalah.

Salah ke aku nak pujuk dia untuk peluang yang mcm ni? salah ke aku? Kenapa ada orang yang mcm ni...

So, kawan2 moral of the story adalah...cuba2 la belajar untuk mengubah masa depan kita, jangan sekatkan diri kita dengan satu option je dalam hidup kita nih. Grab the opportunity yang ada depan mata...jangan terlampau fikir negatif, kita kena ingat semua yang berlaku dalam dunia ni ada baik & buruknya...berani berhadapan dengan cabaran dan sentiasa bersedia dengan cabaran yang mendatang.

Insyallah aku akan terus cuba perbaiki hidup aku & insyallah aku taknak hidup aku tersekat mcm tu jee...INSYALLAH!!!

Aku harap kawan2 yang lain pon sama yeeee...spread the positive attitude for the sake of our future jugak kannn


ok la...nak sambung keje balik (^_^)

ADIOS!!!

Friday, February 25, 2011

FACEBOOK?


Kabare semua...

Aku rasa ramai yang ada akaun facebook kan? Betapa semua makhluk kat dunia ni obsess dengan facebook. Aku selalu terfikir, apa kelebihan facebook yang sebenarnya? Kenapa semua orang mcm obses sangat dengan facebook. Well, ini pandangan peribadi aku sendiri laa...

Aku sign up facebook 2 tahun lepas...itupun sbb nak tgk jemputan kawin kawan aku, aku memang langsung tak minat facebook at the first place lagi, tapi bila kekawan suma pujuk...aku pun rasa mcm nak tgk je facebook tu...start dari hari tu la aku jadi obses dengan facebook.

Tapi sekarang aku rasa lagi banyak kekurangan facebook dari kelebihanya...mcm2 dah jadi dengan adanya facebook...lain yang kita luahkan lain yang orang tafsirkan and end up ia menyumbang kepada renggangnya hubungan kita dengan seseorang...(sigh). Luahkan benda2 yang tak proper dalam wall memasing akhirnya memalukan kaum sendiri & banyak lagi laa pendek kata.

Untuk kawan2 yang terasa dengan status2 aku dalam wall aku, aku minta maaf...aku sedang berusaha untuk hidup tanpa facebook nak kembalikan keamanan dalam hidup aku INSYALLAH.

Thursday, February 24, 2011

MASIH MENCARI...


Asslamualaikum & salam sejahtera...

Sekarang nih dah bertambah kawan aku dalam blog nih :P...suka jugak malu pun ada jugak he he he...anyway selamat berblog kepada Dell dan kawan2 yang lain...

(Sigh!!)...orang cakap tak baik mengeluh, tapi kadang2 mengeluh tu boleh hilangkan penat...

2 3 menjak ni makin menurun semangat aku nak bekerja, belajar even rasa mcm kalu dah banyak ibadah, aku rasa mcm dah tak larat nak teruskan hidup, macam2 yang dah berlaku selama 31 thn aku hidup nih...tapi...tuhan masih bagi peluang pada aku untuk aku bersyukur dengan apa yang dia dah bagi. Bersyukur dengan kawan2 ofis dan kawan2 kelas yang byk membantu, keluarga yg sentiasa bersama...insan2 yg tersayang...ALHAMDULILLAH!!!