Thursday, March 10, 2011

BERSYUKUR LAAA KITA

Assalamualaikom...

Macam2 yang berlaku dalam 2 minggu nih...perit, jerih, sedih, marah, sayang...tuhan je yang tau...cuma hadis kat bawah ni je yang mampu menenangkan aku & insyallah kita semua, sama2 kita renungkan yeee

Sempadan Ketaatan
Hadith :
Dari Ali (bin Abi Talib) r.a, katanya: “Pada suatu ketika, Rasulullah SAW mengirim sepasukan tentera (ke medan perang) dan melantik seorang lelaki menjadi komandan mereka. Satibanya di suatu tempat, komandan tersebut menyalakan api (unggun) dan memerintahkan anak buahnya melompat ke dalam unggun api tersebut. Sebahagian anak buahnya telah bersedia untuk melompat ke dalam unggun api tersebut tetapi yang lain berkata:”Kita harus lari dari api itu.” Peristiwa itu mereka laporkan kepada Rasulullah SAW. Maka beliau bersabda:”Seandainya kamu melompat ke dalam api itu kamu akan sentiasa berada di dalamnya hingga hari kiamat nanti.” Kemudian baginda bersabda pula kepada yang lain dengan lemah lembut:”Tidak wajib taat kepada perintah untuk menderhakai Allah. Taat itu hanya wajib dalam rangka menegakkan kebajikan.”
(Muslim)

Huraian
Kepatuhan dan ketaatan kepada manusia dan peraturan ada batasnya. Manakala kepatuhan dan ketaatan kepada Allah adalah telus kepada-Nya dan seharusnya tidak ada hijab yang menghalangnya. Faham tentang batas dosa dan pahala, tahu tentang batas halal dan haram, mengerti tentang situasi fasad dan mungkar, maklum tentang wajib dan harus akan memberikan kita gambaran sejauh manakah sesuatu perintah seseorang ketua itu wajib ditaati. Sekadar pertimbangan akal semata tidak ada jaminan yang sesuatu perintah itu wajib dipatuhi. Sekadar ukuran logik dan rasional juga tidak memadai. Sekadar berpandukan orang ramai yang juga melakukannya juga belum ada jaminan ia selari dengan syarak. Justeru hanya sifat manusia yang memiliki jiwa hamba yang tinggi yang akan patuh dan taat kepada perintah Allah. Keimanan manusia kepada Allah menyebabkan manusia ada benteng. Ketakutan manusia sesama manusia boleh dielakkan dan boleh dicari jalan keluar. Benteng syarak inilah yang memandu manusia memilih jalan yang baik dan jalan yang sebaliknya.

Setiap Hukum Ada Hikmahnya
Hadith :
Dari Abdullah bin Buraidah r.a, dari bapanya katanyarasulullah s.a.w bersabda:”Dahulu aku pernah melarang kamu menziarahi kubur, maka sekarang ziarahilah. Aku pernah melarang kamu memakan daging korbanmu lebih dari tiga hari, sekarang simpanlah sekadar yang kamu perlukan. Aku pernah melarang kamu minum minuman anggur kecuali dengan gelas biasa, sekarang minumlah dengan apa jua bekas minuman. Tetapi jangan sekali-kali kamu minum minuman yang memabukkan.”
(Muslim)

Huraian
Selaku umat Islam, kita perlu jelas bahawa setiap hukum yang dibawa oleh Islam ada kaitannya dengan kesejahteraan hidup manusia sama ada dari aspek rohani mahupun jasmani, fizikal mahupun spiritual. Setiap hukum dan larangan tersebut sebagaimana yang disebutkan di dalam hadith di atasnya ada hikmahnya yang tersendiri. Hukum juga boleh berubah-ubah bergantung pada beberapa perkara seperti maslahah ummah dan kehendak zaman asalkan ia tidak menyalahi hukum dan batasan yang ditetapkan oleh syarak. (al-Quran dan sunnah). Sesungguhnya setiap suruhan dan tegahan agama itu bukanlah bermaksud untuk mengekang kebebasan individu. Ia sebenarnya untuk kebaikan bersama. Inilah tujuan utama Nabi Muhammad s.a.w diutuskan iaitu untuk memberi penerangan kepada manusia tentang tatacara kehidupan yang sebenar berlandaskan kehendak Islam.

Tuesday, March 1, 2011

SALAH KE?



selamat pagi...

pepagi lagi dah update blog he he he...macam takde keje jeeee (^_^)

Well, aku mulakan pagi ni dengan isu yang aku rasa aku tak bersalah dalam hal ni.

Ceritanya...ada seorang makhluk ALLAH yang rapat dengan aku (cuba teka siapa???)
dia dapat offer pergi melancong kat negara orang and I was so happy untuk dia...tapi dia punya respond adalah...dia tolak offer tersebut, so bermula la episod debat berdebat...

Hujah aku adalah :
1) Offer ini adalah satu reward setelah kita penat bekerja
2) Ambik la peluang ini untuk pergi jelajah tempat orang
3) Orang yang terpilih adalah orang yang layak pergi
4) Treat it as a bonus setelah penat bekerja

Hujah dia adalah :
1) Kalau nak treat as a reward, dia nak dalam bentuk bonus
2) Tak nak pergi

Aku pon pelik kenapa masih ada orang yang nak sempit kan option hidup. Nak bonus dalam satu bentuk je...tak nak cuba kejar peluang yang dah terbentang di depan mata. By the end of the conversation...aku pulak yang bersalah.

Salah ke aku nak pujuk dia untuk peluang yang mcm ni? salah ke aku? Kenapa ada orang yang mcm ni...

So, kawan2 moral of the story adalah...cuba2 la belajar untuk mengubah masa depan kita, jangan sekatkan diri kita dengan satu option je dalam hidup kita nih. Grab the opportunity yang ada depan mata...jangan terlampau fikir negatif, kita kena ingat semua yang berlaku dalam dunia ni ada baik & buruknya...berani berhadapan dengan cabaran dan sentiasa bersedia dengan cabaran yang mendatang.

Insyallah aku akan terus cuba perbaiki hidup aku & insyallah aku taknak hidup aku tersekat mcm tu jee...INSYALLAH!!!

Aku harap kawan2 yang lain pon sama yeeee...spread the positive attitude for the sake of our future jugak kannn


ok la...nak sambung keje balik (^_^)

ADIOS!!!